KDNK Malaysia menyusut 0.5 peratus

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menyusut secara marginal 0.5 peratus pada suku tahun pertama 2021 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus bagaimanapun berkata, KDNK pada suku pertama tahun ini menunjukkan pemulihan suku keempat tahun lalu dengan pertumbuhan negatif 3.4 peratus.

Menurutnya, prestasi tersebut disokong oleh pengukuhan dalam sektor pembuatan dan pemulihan sektor pertanian.

“Berdasarkan prestasi KDNK bulanan, Januari dan Februari masing-masing mencatatkan penurunan 3.5 peratus dan 3.6 peratus serta pengukuhan pada Mac 2021 kepada 6 peratus.

“Bagi pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, KDNK pada suku tahun ini mencatatkan pemulihan kepada 2.7 peratus berbanding suku tahun keempat 2020 iaitu negatif 1.5 peratus. pada suku tahun ini

"Prestasi keseluruhan yang lebih baik ini mencerminkan permintaan dalam negeri yang bertambah baik dan eksport negara yang kukuh,” katanya ketika sidang akhbar yang diadakan secara maya pada Selasa.

Turut sama pada sidang akhbar tersebut, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

Sementara itu, Mohd Uzir berkata, semua sektor ekonomi mencatatkan pemulihan berperingkat yang dipengaruhi oleh pembukaan semula lebih banyak aktiviti ekonomi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang lebih longgar.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pemulihan tersebut turut didorong oleh peningkatan perbelanjaan bolehguna rakyat dan kesan pengeluaran i-Sinar, i-Lestari serta peningkatan harga komoditi kelapa sawit dan getah.

“Sektor pembuatan meningkat 6.6 peratus pada suku tahun pertama 2021 berbanding 3.0 suku keempat 2020 yang didorong oleh Produk elektrik, elektronikal dan optikal (10.6 peratus) dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (7.3 peratus).

“Pertumbuhan ini disebabkan oleh permintaan tinggi mikrocip peranti elektronik,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sektor pertanian meningkat 0.4 peratus berbanding negatif 1 peratus pada suku tahun keempat 2020.

Pada masa sama, katanya, sektor perkhidmatan yang merupakan penyumbang utama menyusut 2.3 peratus daripada penurunan 4.8 peratus pada suku tahun sebelumnya.

“Penyusutan yang lebih perlahan disumbangkan oleh subsektor Perdagangan borong dan runcit yang memulih secara sederhana pada 1.2 peratus berbanding suku tahun keempat iaitu negatif 1.4 peratus.

“Subsektor Kewangan dan Insurans; dan Maklumat dan Komunikasi masing-masing terus meningkat 11.3 peratus dan 6.3 peratus.

“Walau bagaimanapun, sektor perkhidmatan kekal bertumbuh negatif disebabkan oleh makanan & minuman dan penginapan yang merosot 29.8 peratus berbanding suku tahun keempat 2020 iaitu negatif 35.3 peratus lebih baik berbanding suku tahun sebelumnya," katanya.

Mohd Uzir menjelaskan semua komponen perbelanjaan menunjukkan tanda pemulihan yang dipacu oleh eksport dan import yang pulih kepada pertumbuhan dua-digit disokong oleh peningkatan dalam barangan.