Padah seludup daging ayam beku

Siasatan awal mendapati daging ayam beku itu untuk pasaran tempatan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Siasatan awal mendapati daging ayam beku itu untuk pasaran tempatan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
A
A
A

PASIR MAS - Dua lelaki ditahan polis selepas cuba menyeludup daging ayam beku masuk ke negara ini secara tidak sah di Rantau Panjang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas pihaknya berjaya menahan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada jam 9.15 malam.

"Sejurus berjaya ditahan, sepasukan anggota yang diketuai oleh Ketua Balai Polis Jeram Perdah telah membuat pemeriksaan ke atas kereta itu.

"Pemeriksaan lanjut telah membawa kepada penemuan bungkusan kotak yang mengandungi daging ayam beku," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Dua lelaki ditahan polis selepas cuba menyeludup daging ayam beku masuk ke negara ini secara tidak sah di Rantau Panjang pada Ahad.
Dua lelaki ditahan polis selepas cuba menyeludup daging ayam beku masuk ke negara ini secara tidak sah di Rantau Panjang pada Ahad.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kemudian dibawa balik ke Balai Polis Jeram Perdah untuk siasatan lanjut.

Mohd Nasaruddin berkata, siasatan awal mendapati daging ayam beku itu untuk pasaran tempatan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, kesemua rampasan itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: