Markas sindiket penipuan pelaburan dalam talian diserbu

Polis menahan 35 individu dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Perak, Kuala Lumpur pada Isnin.
Polis menahan 35 individu dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Perak, Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang berselindung di sebuah kondominium di Jalan Perak di sini digempur polis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan pada jam 3 petang itu berjaya menahan 35 individu termasuk enam wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an.

Menurutnya, semakan dokumen mendapati enam suspek terdiri daripada warga China.

"Polis turut merampas 172 telefon bimbit dan 46 komputer yang dipercayai digunakan untuk kegiatan penipuan pelaburan dalam talian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, soal siasat mendapati kegiatan penipuan itu telah beroperasi sejak April lalu dengan menyasarkan pelabur dari negara China.

Polis turut merampas 172 telefon bimbit dan 46 komputer yang dipercayai digunakan untuk kegiatan penipuan pelaburan dalam talian.
Polis turut merampas 172 telefon bimbit dan 46 komputer yang dipercayai digunakan untuk kegiatan penipuan pelaburan dalam talian.

Katanya, pengakuan daripada pekerja (suspek) yang ditahan mendakwa telah bekerja sejak sebulan lalu dengan ditawarkan gaji bulanan sebanyak RM2,000 hingga RM3,000.

"Siasatan juga mendapati premis itu disewa dengan bayaran RM10,000 sebulan. Kesemua pekerja mengetahui peranan mereka untuk mencari pelabur di media sosial dengan menawarkan kepada pelabur untuk menyertai skim pelaburan saham di negara China, Taiwan dan Hong Kong," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.