X

Kindly register in order to view this article
!

Polis buka kertas siasatan orang ramai berkumpul di kuil

Tular video memaparkan deretan kereta dan orang ramai berkumpul di sebuah kuil di daerah ini pada Ahad.
A
A

KUALA SELANGOR - Polis memulakan siasatan berhubung video tular menunjukkan orang ramai berkumpul di sebuah kuil di Jeram yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis akan memanggil penganjur berkaitan isu pematuhan SOP terbabit.

Menurutnya, video berdurasi satu minit itu dikesan tular di media sosial menunjukkan orang ramai berkumpul seperti tidak mematuhi SOP PKPB di kuil terbabit.

"Polis telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur terbabit," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Ramli berkata, pihaknya akan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan di semua lokasi bagi memastikan SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilaksanakan.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan / Peraturan 19 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya.

Sebelum ini tular video memaparkan deretan kereta dan orang ramai berkumpul di sebuah kuil di daerah ini pada Ahad.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!