PKP di daerah Kluang Johor bermula 11 Mei

Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kluang, Johor yang berkuatkuasa pada 11 hingga 24 Mei ini.
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kluang, Johor yang berkuatkuasa pada 11 hingga 24 Mei ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kluang, Johor yang berkuatkuasa pada 11 hingga 24 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman itu dibuat susulan 512 kes positif direkodkan daripada keseluruhan 3,867 ujian saringan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 4 Mei lalu.

Beliau berkata, terdapat empat kluster aktif di daerah berkenaan selain kadar positif yang mencatat 13 peratus manakala kadar insiden di beberapa perkampungan dan taman perumahan semakin meningkat.

“Setelah meneliti pembentangan, cadangan dan nasihat daripada KKM serta penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kluang, Johor berkuat kuasa 11 sehingga 24 Mei 2021.

“Dengan adanya pelaksanaan PKP di daerah ini, pergerakan rentas negeri dan daerah adalah tidak dibenarkan manakala prosedur operasi standard (SOP) pula adalah sama seperti PKP yang telah diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKP itu bertujuan menyekat pergerakan terutamanya di musim perayaan dan cuti sekolah berikutan kluster tertinggi yang dilaporkan adalah daripada komuniti.

“Pada masa sama, ia bertujuan mengekang penularan jangkitan Covid-19 dalam komuniti dan mengelakkan penularan kes Covid-19 disebabkan aktiviti berkumpul dan majlis sosial,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan turut bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Keramat, Semporna, Sabah yang berkuatkuasa pada 11 sehingga 24 Mei ini.

Artikel Berkaitan:

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta menyekat penularan jangkitan kes Covid-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti tersebut.

“Sehingga kini, KKM telah merekodkan 10 kes positif Covid-19 daripada 101 ujian saringan yang dilakukan ke atas penduduk di lokaliti tersebut. Malah KKM turut melaporkan berlaku peningkatan jumlah kes yang amat ketara selain pematuhan SOP penduduk di lokaliti tersebut masih rendah,” jelasnya.