X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu Jabatan Kehakiman Syariah maut kereta bertembung treler

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
A
A

KUALA KANGSAR - Seorang kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Perak maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 55 Jalan Ipoh-Taiping dekat Kampung Pasir, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, Mohd Radzay Osman, 42, yang berkhidmat sebagai pemandu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, mangsa memandu sendirian kereta jenis Proton Preve hak milik kerajaan (Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah) dari arah Kuala Kangsar ke Padang Rengas.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah treler.

Keadaan kereta dinaiki mangsa mengalami remuk teruk dan terbakar di bahagian hadapan selepas terbabit dalam nahas dengan treler di Kilometer 55 Jalan Ipoh-Taiping dekat Kampung Pasir, Kuala Kangsar pada Jumaat.
Keadaan kereta dinaiki mangsa mengalami remuk teruk dan terbakar di bahagian hadapan selepas terbabit dalam nahas dengan treler di Kilometer 55 Jalan Ipoh-Taiping dekat Kampung Pasir, Kuala Kangsar pada Jumaat.

"Akibat pertembungan tersebut, kereta mangsa telah berpusing ke bahu jalan dan terbakar di bahagian hadapan.

"Treler dipandu lelaki berusia 50 tahun itu pula terbabas ke kanan dan merempuh pagar sebuah kedai nurseri," katanya.

Beliau berkata, kebakaran pada kereta terbabit berjaya dipadamkan anggota bomba, namun mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

"Mangsa yang beralamat dari Kampung Sepetang, Kuala Sepetang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat. Pemandu treler bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Katanya, kedua-dua kenderaan telah ditahan untuk siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!