NS benar remaja 15 tahun ke atas solat Aidilfitri

Aminuddin(kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada peserta PDK Bandar Seremban pada Jumaat.
Aminuddin(kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada peserta PDK Bandar Seremban pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - Warganegara dan penduduk tetap berusia 15 tahun ke atas sahaja dibenarkan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah jemaah yang dibenarkan hadir ialah mengikut kapasiti ruang masjid dan surau dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurutnya, pengurusan surau yang mahu mengadakan solat Aidilfitri perlu membuat permohonan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

"Dalam tempoh kritikal ini, saya mahu mengingatkan masjid dan surau supaya patuh SOP kerana kerana berlaku peningkatan kes. Jika ada pelanggaran SOP, masjid dan surau akan ditutup selama tujuh hari," katanya pada sidang akhbar selepas hadir pada Program Jalinab Mesra Majlis Bandaraya Seremban dan Puspanita Negeri Sembilan Bersama Pusat Dalam Komuniti(PDK) Bandar Seremban di sini pada Jumaat.

Ujarnya, masjid dan surau juga tidak dibenarkan memasang khemah bagi membolehkan jemaah solat di luar bangunan.

Bagi aktiviti ziarah kubur Aminuddin berkata, hanya empat individu sahaja bagi satu unit kubur serta tidak melebihi tempoh 30 minit melainkan di kawasan daerah Seremban yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan di sebuah kampung di Gemas yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) solat sunat Aidilfitri akan diputuskan oleh pihak berkuasa agama kerajaan negeri masing-masing.

Aktiviti ziarah kubur pula dibenarkan namun hanya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Artikel Berkaitan: