Imam terlupa takbir, solat sunat Aidilfitri diulang

Kira-kira 500 kanak-kanak di bawah 12 tahun menerima duit raya daripada pihak pengurusan masjid ini. - Astro AWANI
Kira-kira 500 kanak-kanak di bawah 12 tahun menerima duit raya daripada pihak pengurusan masjid ini. - Astro AWANI
A
A
A

JERANTUT - Solat sunat Aidilfitri diulang kali semula buat kali kedua apabila berlaku kekhilafan yang diikuti kira-kira 3,000 jemaah yang berlaku pada jam 8.45 pagi ini.

Kejadian ini berlaku di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) apabila imam tidak melakukan lima kali takbir di rakaat kedua.

Sejurus memberi salam, imam tersebut terus mengakui kekhilafannya dan mahu mengulangi solat sunat itu kali kedua kira-kira jam 8.55 pagi.

Seorang jemaah, Zulkifli Abdullah memuji tindakan yang dilakukan oleh imam tersebut.

"Imam terus akui kekhilafannya dan mahu mengulangi semula solat ini," katanya.

Seorang jemaah, Zulkifli Abdullah memuji tindakan yang dilakukan oleh imam tersebut.

"Imam terus akui kekhilafannya dan mahu mengulangi semula solat ini," katanya. - Awani