X

Kindly register in order to view this article
!

TNB hargai peranan media

Mahdzir (kanan) beramah mesra bersama Saidon (dua dari kanan), Wan Hasnan dan Husain pada Majlis Iftar Pengurusan Tertinggi TNB bersama Pengarang Kanan di Ibu Pejabat, TNB Bangsar.
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) ) menghargai hubungan baik dan peranan media yang sentiasa menyampaikan maklumat serta penerangan jelas berkaitan isu bekalan elektrik kepada rakyat.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, banyak isu berkaitan bekalan elektrik yang menjadi kebimbangan rakyat dapat diperjelaskan melalui media.

Mahdzir juga memberitahu, sebagai syarikat GLC yang bertanggungjawab terhadap bekalan elektrik, TNB juga menghadapi pelbagai cabaran bagi menjamin kelancaran operasi 24 jam untuk manfaat rakyat.

“Sepanjang setahun menjadi Pengerusi TNB, saya melihat kegigihan warga kerja menjamin kestabilan seluruh rantaian pembekalan bermula daripada penjanaan hingga pelanggan di bandar, pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman,” katanya pada Majlis Iftar Pengurusan Tertinggi TNB Bersama Pengarang Kanan Media di Ibu Pejabat TNB, pada Selasa.

Mahdzir ketika berucap pada Majlis Iftar Pengurusan Tertinggi TNB Bersama Pengarang Kanan Media di Ibu Pejabat TNB, pada Selasa.
Mahdzir ketika berucap pada Majlis Iftar Pengurusan Tertinggi TNB Bersama Pengarang Kanan Media di Ibu Pejabat TNB, pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian, Saidon Idris, Pengarang KOSMO!, Wan Hasnan Wan Hasan dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din berharap hubungan antara TNB dan pengamal media dapat diperkukuhkan kerana persamaan operasi tanpa henti kepada masyarakat.

“TNB dan media tidak boleh dipisahkan, bekerja 24 jam tanpa henti.

“Penyampaian perkhidmatan bekalan elektrik pula sebati dengan dunia kewartawanan,” jelasnya.

Majlis tersebut dihadiri lebih 40 pengarang kanan dan wartawan bagi menghargai peranan media sepanjang perjalanan TNB memacu pembangunan negara.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!