X

Kindly register in order to view this article
!

Masyarakat Islam di Malaysia lemah penghayatan al-Quran

Qari jemputan, Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin
A
A
PUTRAJAYA - Masyarakat Islam di negara ini masih lemah dalam segi penghayatan al-Quran berbanding negara-negara Islam yang lain.

Qari jemputan, Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin berkata, program World #QuranHour antara inisiatif yang wajar diteruskan bagi memperbaiki kelemahan tersebut.

"Program World #QuranHour ini adalah satu nama yang besar yang dijalankan di seluruh Malaysia. Pandangan saya memang program ini sangat patut diteruskan dan diperbanyakkan.

"Sebab masyarakat kita ini dari segi penghayatan al-Quran masih lemah berbanding orang-orang Arab dan negara-negara Islam yang lain.

"Jadi kita ke arah membentuk masyarakat generasi al-Quran ini, maka kita kena mula dengan pembacaan dan penghayatan dulu," katanya pada Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu turut menekankan penghayatan tiga motivasi penting iaitu keberkatan hidup, mengingati mati dengan meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerjaan serta menjadi mukmin ahsanu 'amala atau lebih baik amalannya.

"Jadi ketiga-tiga perkara itu ada dalam program World #QuranHour ini dan ia memang sangat wajar diteruskan dan diadakan selalu," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!