Tingkatkan hubungan perdagangan dengan China

Wee Ka Siong
Wee Ka Siong
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa ramai rakyat masih kurang yakin dengan pertumbuhan ekonomi negara kita.

Malah katanya, apa yang beliau dapati, tidak seorang pun percaya keadaan ekonomi negara kita akan menjadi lebih baik seperti sebelum ini.

“Ramai kata pelabur asing sudah tidak ingin lagi datang menanam modal di negara kita. Pada hari ini, sekiranya China tidak berminat membeli durian Musang King ataupun sarang burung walit daripada Malaysia, saya percaya harga kedua-dua produk ini akan menjunam serta-merta.

“Apabila harga sawit turun di pasaran dunia, China sebenarnya menjadi penyelamat kita dengan membeli minyak sawit daripada Malaysia. Oleh itu, China begitu penting bagi Malaysia dan Malaysia seharusnya mempertingkatkan hubungan perdagangan dengan negara ini,” kata Ka Siong seperti dilaporkan dalam Oriental Daily.

Beliau berpendapat, kerajaan perlu terus mengeratkan hubungan baik dengan China kerana China adalah rakan perdagangan paling besar bagi Malaysia lebih 10 tahun yang lalu.

“Apa yang saya tahu, jumlah tahunan pengeluaran minyak sawit dari Indonesia adalah sebanyak 40 juta tan metrik dengan 63 peratusnya diekspot ke negara China. Manakala di Malaysia, kita mampu mengeluarkan 20 juta tan metrik setahun, 33 peratus daripadanya diekspot ke China,” katanya.

Hubungan perdagangan antara Malaysia dengan China menjadi agak renggang susulan penangguhan projek Landasan Kereta Ap Pantai Timur (ECRL) selepas PH mengambil alih tampuk pemerintahan Mei tahun lalu.

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kajian sama ada projek ECRL yang bernilai bilion ringgit itu ditangguh atau diteruskan masih berada dalam peringkat rundingan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, hubungan Perdana Menteri dengan kerajaan China juga dikatakan panas apabila Mahathir mengisytiharkan warga asing tidak akan dibenarkan untuk membeli dan tinggal di kediaman Forest City, Johor sekaligus memberi kesan kepada ribuan pembeli warga China.

Projek pembangunan mega itu melibatkan pelaburan sebanyak RM442.8 bilion (USD 100 bilion) adalah projek kerjasama antara kerajaan negeri Johor melalui Country Garden Pacific View (CGPV) dengan kerajaan China.