Pengurus rugi RM226,000 khemah karnival raya lesap

Dua lelaki direman empat hari bermula Isnin bagi siasatan kes kecurian khemah di Tapak Karnival Raya 2021 di Padang Bola Felda Palong 4, 5 dan 6 di Jempol.
Dua lelaki direman empat hari bermula Isnin bagi siasatan kes kecurian khemah di Tapak Karnival Raya 2021 di Padang Bola Felda Palong 4, 5 dan 6 di Jempol.
A
A
A

JEMPOL - Seorang pengurus kerugian lebih RM226,000 selepas 52 buah khemah miliknya yang dipasang di Tapak Karnival Raya 2021 di Padang Bola Felda Palong 4, 5, 6, di sini lesap dipercayai dicuri.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian terbabit disedari mangsa berusia 30 tahun itu selepas dimaklumkan oleh peguam penganjur karnival pada Ahad.

"Sebanyak 52 buah khemah jenis Arabian saiz 6x6 meter dan peralatan lain telah dipasang mangsa pada 31 Mac lalu sehingga 2 April.

"Selain itu pada 12 April mangsa juga telah membuat pendawaian elektrik pada khemah yang dipasang sehingga 14 April dan selepas itu terus balik ke Kempas Johor," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selain khemah barang lain yang turut hilang ialah 200 buah kerusi, 100 meja, 106 lampu, 52 kipas dan 4 pendawaian 'distribution board'.

Sehubungan itu katanya, dua lelaki berusia 40 dan 41 tahun ditahan pada Isnin masing-masing jam 7.11 petang dan 7.23 petang.

"Polis juga telah merampas (52) set kaki khemah, (49) kipas, (4) fius board, (189) kerusi plastik dan (77) lampu (44) meja.

"Kedua-dua suspek direman empat hari bermula Isnin hingga Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: