Israel hantar bantuan perubatan ke India

Israel akan menghantar bantuan perubatan ke India untuk membantu negara itu menangani situasi sukar disebabkan penyebaran Covid-19.
Israel akan menghantar bantuan perubatan ke India untuk membantu negara itu menangani situasi sukar disebabkan penyebaran Covid-19.
A
A
A

TEL AVIV - Israel akan menghantar bantuan perubatan ke India untuk membantu negara itu menangani situasi sukar disebabkan penyebaran Covid-19, kata Kementerian Luar

"Sumbangan bantuan kecemasan menunjukkan persahabatan yang mendalam antara dua negara ketika India berhadapan situasi sangat sukar," lapor Sputnik memetik Menteri Luar Israel Gabi Ashkenazi.

Bantuan itu akan dihantar pada Selasa, termasuk peralatan oksigen, alat pernafasan dan ubat-ubatan, kata kementerian itu.

Jumlah kes Covid-19 di India yang kedua tertinggi di dunia. Menurut data terbaharu Kementerian Kesihatan, lebih 20.2 juta kes didaftarkan di negara ini, lebih 16.2 juta pesakit pulih dan 218,000 lagi meninggal dunia. - Bernama

Artikel Berkaitan: