40 mangsa banjir di PPS Chikus dibenarkan pulang

Semua mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Dewan Chikus Langkap, daerah Hilir Perak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, pagi ini.
Semua mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Dewan Chikus Langkap, daerah Hilir Perak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, pagi ini.
A
A
A

IPOH - Seramai 40 mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Chikus Langkap, daerah Hilir Perak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak berkata, pemantauan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendapati air telah surut sepenuhnya dan cuaca baik ketika ini.

Katanya, PPS yang dibuka sejak Ahad lepas dan menempatkan 12 keluarga terdiri daripada 12 lelaki dan 12 wanita, 13 kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan itu, turut ditutup.

Sebelum ini dilapor pada 2 Mei lepas, banjir yang berlaku pada kira-kira jam 3 petang telah menyebabkan tiga kampung terjejas banjir iaitu Kampung Parit 3 dan Kampung Batu Pecah, Chikus serta Kampung Belakang Kedai, Degong.

Kejadian hujan lebat mengakibatkan kediaman mereka di Kampung Sungai Rambai dinaiki air ekoran limpahan air Sungai Batang Padang, pada petang itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: