Gara-gara kontroversi, Suhaimi Saad direhatkan

Suhaimi Saad
Suhaimi Saad
A
A
A

PENYANYI nasyid yang juga bekas anggota kumpulan Inteam, Suhaimi Saad, direhatkan daripada terlibat untuk Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM yang akan diadakan pada April depan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur, KGM EVENT, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal, tindakan tersebut dibuat berikutan kontroversi berkaitan beberapa kenyataan penyanyi itu yang mencetuskan perbalahan di kalangan netizen.

“Setelah mengambil kira segenap sudut pandangan dan keperluan demi kelangsungan penganjuran konsert amal ini di masa akan datang, kami bersepakat untuk merehatkan Suhaimi daripada konsert kali ini.

“Keputusan ini juga diambil untuk memberi sedikit ruang kepada beliau atas persetujuan bersama dengan kedua belah pihak setelah berbincang dengan teliti.

No Image Caption

“Kami menyerahkan kepada kebijaksanaan dan kematangan Suhaimi sendiri untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dengan penuh berhemah dan integriti,” ujar Mahmud Fahrurrazey selaku pengarah KGM Event.

Bagaimana pun, penganjur dalam masa yang sama mengakui sepanjang bekerjasama dengan Suhaimi sebelum ini, penyanyi tersebut seorang yang sangat komited dalam menyokong sebarang program yang berunsurkan dakwah dalam memperjuangkan irama nasyid.

Selain Suhaimi, konsert ini turut menampilkan barisan artis seperti Unic, Inteam, Hijjaz, Mestica, Fahioz Hamidun, Fitri Haris dan Fadzli.

Artikel Berkaitan: