X

Kindly register in order to view this article
!

Acryl Sani mahu PDRM teruskan perjuangan yang belum tamat

Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menyampaikan ucapan pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini. -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang bakal menggalas jawatan Ketua Polis Negara (KPN) berkuat kuasa Selasa mahu semua kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan perjuangan pasukan itu yang belum tamat.

Beliau berkata, menjadi KPN adalah tugas yang berat dan tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian.

“Menjadi KPN adalah satu tugas yang berat seolah-olah beban diletakkan di atas kedua-dua bahu saya. Saya percaya saya tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab ini jika bersendirian,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis serah terima tugas KPN di Bukit Aman di sini pada Isnin.

Ditanya mengenai hala tuju PDRM di bawah kepimpinan beliau sebagai KPN baharu, Acryl Sani berkata, perkara itu akan diumum kemudian.

“Saya akan berikan fokus PDRM tidak berapa lama lagi dalam satu sesi khas untuk semua media. Pada sesi itu saya akan membentangkan apakah perkara-perkara yang perlu menjadi fokus utama PDRM,” katanya.

Pada Isnin, Acryl Sani menerima tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di sini.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu PDRM itu disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang mewakili Menteri Dalam Negeri. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!