Peluang DAP jadi MB Perak cerah sekiranya....

1
1
A
A
A

BUKIT GANTANG - Peluang DAP mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri dan kerusi Menteri Besar Perak dari tangan rakan parti Bersatu sebenarnya sangat cerah sekiranya mereka berjaya menyakinkan rakyat Perak bahawa parti itu boleh mewakili pelbagai kaum.

Ahli Parlimen Bebas dari Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, sekiranya dakwaan komplot menggulingkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu benar-benar berlaku dalam kalangan Exco PH sendiri, perkara itu tidak mustahil kerana kewujudan kerajaan PH Perak sekarang tidak stabil.

Menurutnya, kewujudan kerajaan PH Perak hari ini disebabkan tindakan dua bekas Adun BN keluar parti dan menyokong kerajaan itu, namun keadaan itu memberi implikasi kepada kedudukan MB Perak selaku wakil rakyat tunggal Bersatu kerana dua wakil rakyat tersebut tidak diberi tempat jelas.

"Saya sudah jangka keadaan pergolakan dalaman ini akan berlaku, lebih-lebih lagi DAP memiliki majoriti kerusi Dun jauh lebih banyak berbanding rakan-rakan pakatan lain di samping paling penting, mempunyai seorang wakil rakyat melayu bertaraf Exco.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tohmahan berniat jahat dakwa PH cuba guling MB Perak]

[ARTIKEL BERKAITAN: Umno tawar Asmuni jadi MB Perak]

"Dalam konflik ini, saya melihat sekiranya DAP bijak mengatur langkah membuktikan mereka merupakan sebuah parti yang tidak prejudis dan menjaga kebajikan semua pihak, tidak mustahil mereka boleh mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan PH Perak baharu dari tangan Bersatu," katanya kepada media sewaktu merasmikan program berkhatan perdana dan sumbangan zakat Parlimen Bukit Gantang di Surau Al Ehsaniah, Kampung Kota Barat, di sini hari ini.

Syed Abu Hussin berkata, sejauh mana rakyat Perak terutama orang Melayu boleh menerima DAP sebagai parti pelbagai kaum masih menjadi satu persoalan, lebih-lebih lagi banyak isu dibangkitkan dua pemimpin utama mereka, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming dilihat banyak menyentuh sensitiviti orang Melayu dan umat Islam sendiri.

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: Adun BN dipujuk singkir MB Perak]

[ARTIKEL BERKAITAN: Siasat dakwaan Exco komplot jatuhkan MB Perak]