Abdul Hamid serah tongkat kuasa KPN kepada Acryl Sani

Abdul Hamid dan Acryl Sani
Abdul Hamid dan Acryl Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tan Sri Abdul Hamid Bador pada Isnin menyerahkan tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di sini.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Acryl Sani akan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Negara berkuat kuasa Selasa.

Pelantikan Acryl Sani mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Tongkat Kuasa jawatan berkenaan diserahkan kepada Acryl Sani sambil disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Acryl Sani dilantik Ketua Polis Negara baharu

Artikel Berkaitan: