Sila log masuk terlebih dahulu.

Harap tiada campur tangan politik terhadap barisan hadapan

MA Tinagaran
MA Tinagaran
A
A
A

IPOH - Peranan petugas barisan hadapan atau 'frontliners' dalam menangani penularan Covid-19 diharap tidak diganggu daripada sebarang campur tangan politik pihak tertentu.

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Datuk MA Tinagaran berkata, ketika Covid-19 mula bermutasi dan menyerang kembali rakyat, mereka merupakan satu-satunya barisan yang sanggup meletakkan diri di hadapan menghadapi pandemik berkenaan.

Menurutnya, ketika semua memencilkan diri demi memutuskan rantaian jangkitan, kumpulan barisan hadapan tanpa rasa takut memberanikan diri berdepan virus berkenaan.

"Kami menyeru rakyat Malaysia untuk sekurang-kurangnya menghadiahkan satu senyuman kepada barisan hadapan ini sekiranya berjumpa mereka.

"Kami juga berharap bahawa usaha mereka ini tidak diganggu mana-mana unsur politik seperti pengakuan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (campur tangan terhadap pasukan polis) dalam kenyataan media beliau semalam (Jumaat)," katanya kepada Sinar Harian selepas bersama PKR Cabang Ipoh Barat mengedarkan pek makanan berbuka kepada petugas kesihatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri tidak sepatutnya jadi Pengerusi SPP - KPN

Sementara itu, beliau yang juga Ketua PKR Cabang Ipoh Barat berkata, pihaknya sengaja memilih Hari Pekerja untuk mengedarkan sebanyak 150 pek makanan untuk petugas-petugas tersebut dengan niat untuk meraikan mereka.

"PKR Perak dan Cabang Ipoh Barat sangat menghargai jasa dan budi petugas barisan hadapan dalam melindungi rakyat negara ini," katanya.

Artikel Berkaitan: