Seorang maut, tiga cedera tangki minyak terbakar

Seorang maut dalam kebakaran tangki minyak sebuah kilang di Jalan Perak, Kawasan Industri Telok Penglima Garang di sini pada petang Sabtu.
Seorang maut dalam kebakaran tangki minyak sebuah kilang di Jalan Perak, Kawasan Industri Telok Penglima Garang di sini pada petang Sabtu.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang maut manakala tiga cedera ringan dalam kebakaran tangki minyak sebuah kilang di Jalan Perak, Kawasan Industri Telok Penglima Garang di sini pada petang Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.36 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Telok Panglima, BBP Banting dan BBP Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 10 minit kemudian.

"Kebakaran melibatkan dua buah tangki minyak mentah yang terbakar kira-kira 50 peratus," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, terdapat empat mangsa dalam kejadian dan seorang daripada mereka meninggal dunia

"Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: