X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki ditemukan lemas dalam tali air

Seorang lelaki ditemukan lemas dalam sebuah tali air dekat Kampung Padang Pak Omar, Pasir Puteh pada Rabu.
A
A

PASIR PUTEH - Seorang lelaki ditemukan lemas dalam sebuah tali air dekat Kampung Padang Pak Omar di sini pada Rabu.

Mayat lelaki berusia 47 tahun itu ditemui dalam keadaan terapung oleh penduduk kampung yang melalui kawasan tersebut pada jam 6.15 petang.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Sejurus menerima maklumat daripada penduduk kampung, saya telah mengarahkan anggota untuk membuat pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan, kita temui mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas mayat lelaki itu anggota polis telah menemui bungkusan plastik mengandungi gam.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk siasatan lanjut.

"Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!