X

Kindly register in order to view this article
!

Pulau Ketam lokasi penyeludup, PATI ceroboh negara

Pulau Ketam merupakan satu daripada pintu masuk pilihan penyeludup dan pendatang asing tanpa izin (PATI) menceroboh negara ini berikutan lokasinya berhampiran negara jiran. - Gambar hiasan
A
A

PELABUHAN KLANG - Pulau Ketam merupakan satu daripada pintu masuk pilihan penyeludup dan pendatang asing tanpa izin (PATI) menceroboh negara ini berikutan lokasinya berhampiran negara jiran, kata polis.

Penolong Pengarah Pengoperasian Pasukan Gerakan Am (PGA) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Superitendan Ahmad Radzi Hussain berkata, jarak di antara Pulau Ketam dan Tanjung Balai, Indonesia terlalu dekat iaitu kira-kira 20 hingga 30 batu nautika.

Katanya, ia mengambil masa perjalanan kurang daripada sejam menggunakan bot.

“Kedudukan pulau itu yang terletak berhampiran Rumah Api, One Phantom Bank juga memainkan faktor pulau itu menjadi pilihan.

"Oleh itu, Pulau Ketam ini menjadi perhatian penyeludup barangan kontraban seperti rokok dan arak selain menjadi transit bagi tekong darat untuk membawa masuk pendatang tanpa izin," katanya kepada pemberita selepas melakukan rondaan di pulau itu di sini pada Selasa.

Sementara itu, Ahmad Radzi berkata, sejumlah 242 PATI ditahan oleh PGA dalam tempoh 1 Jan hingga 26 April dan pasukan itu juga merampas pelbagai barang seludup yang dianggarkan bernilai RM5.3 juta, antaranya rokok dan arak. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!