Gurau isu rogol: Polis siasat dua laporan dibuat pelajar

Tangkap layar video pendedahan yang dimuat naik ke laman Tiktok.
Tangkap layar video pendedahan yang dimuat naik ke laman Tiktok.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menerima dua laporan yang dibuat seorang pelajar berhubung tindakan seorang cikgu jasmani yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur lucah semasa mengajar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, laporan pertama berhubung pendekatan yang tidak sesuai digunakan guru terbabit, manakala kedua berkaitan gurauan rakan sekelas berkenaan kes berkenaan.

"Kita telah siasat dua laporan kes itu dan siasatan telah dijalankan.

"Polis telah ambil keterangan mereka dan individu yang berada di lokasi termasuk guru berkenaan serta pengadu," katanya selepas sidang akhbar berkaitan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Isnin.

Acryl Sani berkata, pegawai penyiasat kes juga sedang giat mengambil keterangan rakan kelas pengadu sebelum kertas siasatan terbabit dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

Sebelum ini, seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan kerana seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

Dakwa seorang pelajarnya, kejadian itu berlaku pada Jumaat ketika sedang mengikuti mata pelajaran tersebut dengan seorang guru lelaki.

Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan bahawa pengadu mendakwa guru berkenaan menyebut elemen rogol di dalam kelas, sekali gus mendatangkan kegusaran dan rasa tidak senang hati.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar dakwa guru galak perbuatan rogol

'Anak saya terima ugutan rogol'

Polis siasat kes guru disyaki galak perbuatan rogol