Amaran ribut petir, hujan lebat di 12 negeri

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur serta 12 negeri hingga jam 8 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Kuala Muda, Pendang, Padang Terap dan Sik) serta Pulau Pinang merangkumi Seberang Perai Utara, Barat Daya dan Timur Laut.
Di Perak, kawasan dijangka terjejas ialah Hilir Perak, Bagan Datuk, Muallim, Batang Padang, Perak Tengah, Kinta, Kampar dan Manjung, selain Terengganu serta Kelantan (Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Machang, Tanah Merah dan Jeli).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang meliputi kawasan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Pulau Tioman, Temerloh, Jerantut dan Kuantan, Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Tampin, Rembau dan Jempol) serta Johor (Mersing).
Di Sarawak, cuaca buruk diramal berlaku di Limbang, Miri (Bario dan Telang Usan), Kapit (Song, Belaga dan Bukit Mabong), Sibu (Kanowit), Sarikei, Kuching, Serian (Tebedu), Betong (Saratok), Samarahan dan Sri Aman (Lubok Antu).
Bagi Sabah pula, kawasan terlibat adalah Sandakan, Pantai Barat (Ranau, Kota Belud dan Tuaran), Kudat (Kota Marudu), Tawau (Lahad Datu, Kalabakan dan Kunak) serta Pedalaman (Sipitang, Tenom, Sook, Keningau, Tambunan, Membakut dan Beaufort).- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
