X

Kindly register in order to view this article
!

Jenaka rogol: COMWEL gesa siasat segera

Zuraida Kamaruddin
A
A

PUTRAJAYA- Majlis Pemimpin Politik Wanita Malaysia (COMWEL) menggesa siasatan segera dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan jenaka rogol.

Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, rogol bukanlah satu jenaka.

"Siasatan dan tindakan segera perlu diambil terhadap pelaku," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, dakwaan jenaka rogol oleh seorang guru di sebuah sekolah di Kuala Selangor pada minggu lalu adalah serius.

"Guru sepatutnya memberi contoh yang baik, lebih peka dan sensitif semasa sesi pembelajaran di dalam kelas," katanya.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, guru juga perlu mematuhi batas bersama pelajar dan perlu mengelakkan daripada melakukan jenaka yang tidak menyenangkan.

"Saya berharap pihak sekolah mengingatkan guru dan kaunselor agar lebih bertanggungjawab dan profesional dalam menjalankan tugas," katanya.

Sebelum ini, pelajar remaja perempuan menerusi aplikasi TikTok mendakwa seorang guru lelaki membuat jenaka mengenai rogol ketika di dalam kelas semasa membincangkan isu gangguan seksual ketika subjek pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolahnya.

Sehubungan itu, bapa kepada pelajar berkenaan membuat laporan polis terhadap guru tersebut di Balai Polis Saujana Utama.

Pelajar berkenaan turut mendakwa dia menerima ugutan rogol daripada rakan sekelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar dakwa guru galak perbuatan rogol


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!