Peluang cerah Chelsea

Bintang Chelsea, Timo Werner menjaringkan gol tunggal perlawanan.
Bintang Chelsea, Timo Werner menjaringkan gol tunggal perlawanan.
A
A
A

KEMENANGAN 1-0 ke atas West Ham semakin mencerahkan peluang Chelsea untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dalam kelompok tiga pasukan teratas musim ini.

Justeru, Tuchel berharap pemain dapat mengekalkan momentum kemenangan pada baki lima perlawanan terakhir nanti untuk memastikan The Blues merealisasikan matlamat berkenaan.

“Mereka (pemain), telah menetapkan satu penanda aras untuk kita meneruskan cita-cita berkenaan (kelompok tiga pasukan teratas EPL).

“Apa pun, kemenangan ini pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana sememangnya sukar untuk menang ketika menentang West Ham.

“Mereka kelihatan begitu kuat dan fokus pada separuh masa pertama, dan ini membuatkan kita terpaksa bersabar tetapi turut agresif dalam masa yang sama bagi mengimbangi perlawanan,” katanya.

Pada perlawanan di Stadium London, awal pagi Ahad, bintang Chelsea, Timo Werner menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-43 bagi mengesahkan kemenangan The Blues.

Kemenangan berkenaan menyaksikan Chelsea mengukuhkan kedudukan di tangga keempat EPL dengan 58 mata dan semakin menghampiri kelompok tiga pasukan teratas EPL.

Sementara itu Tuchel berharap pemain Chelsea dapat mengekalkan tahap prestasi masing-masing kerana selain berusaha untuk mengejar kedudukan ketiga EPL, The Blues juga bakal berdepan saingan sengit berdepan Real Madrid pada separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi Rabu nanti.

Artikel Berkaitan:

“Pemain diharap dapat mengekalkan prestasi dan momentum masing-masing kerana kita kini bakal bersaing pada tahap saingan tahap tinggi.

“Oleh itu, semua pemain perlu bersedia untuk beraksi sebaik mungkin bagi mencapai semua yang dicita-citakan,” katanya.