Peluang Verstappen sapu bersih baki saingan F1 - Hamilton

Verstappen. Foto Agensi
Verstappen. Foto Agensi
A
A
A

PELUMBA sensasi, Lewis Hamilton seakan mengibar bendera putih dalam misi mengejar gelaran apabila melihat Max Verstappen berpeluang tinggi untuk memenangi kesemua baki 10 perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Malah Hamilton juga percaya penguasaan hebat pelumba Belanda itu mampu bertahan sehingga tahun 2026.

“Wujud peluang tinggi bahawa dia (Verstappen) akan memenangi setiap perlumbaan,” kata pemandu Mercedes itu.

Berikutan rehat musim panas selama empat minggu, saingan F1 kembali bersambung hujung minggu ini di laman Verstappen, Belanda.

Verstappen telah memenangi lapan perlumbaan terakhir dan dia akan menyamai rekod sembilan kali milik Sebastian Vettel ketika bersama Red Bull pada 2013 sekiranya mengungguli perlumbaan hujung minggu ini di depan penyokong sendiri.

Penguasaan jentera dan prestasi terbaik juara dunia dua kali membolehkan Red Bull muncul selaku pasukan pertama yang mengharungi kempen semusim tanpa kalah.

“Dia dan pasukannya tidak melakukan banyak kesilapan tahun ini. Mereka (Red Bull) mungkin memenangi segala-galanya.

“Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kemalangan, kami sedia memanfaatkannya,” ujar Hamilton.

Artikel Berkaitan: