Covid-19: 2,717 kes baharu, Selangor rekod kes tertinggi

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Jumlah kes harian Covid-19 kekal paras tinggi pada Sabtu apabila 2,717 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes 390,252.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya memaklumkan, Selangor merekodkan kes baharu tertinggi dengan 768, diikuti Sarawak (570), Kelantan (518), Kuala Lumpur (240), Pulau Pinang (134) dan Johor (126).

Sejumlah 132 kes direkodkan di Sabah, diikuti Perak (54), Terengganu (50), Kedah (34), Melaka (30), Negeri Sembilan (27), Pahang (22), Putrajaya (11), Perlis (satu) selain tiada kes baharu di Labuan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan 2,292 lagi kes sembuh dicatatkan, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 22,926.

Selain itu, beliau berkata, 11 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu melibatkan 10 warganegara dan satu bukan warganegara sekali gus menjadikan jumlah kematian akibat pandemik itu kini 1,426.

"Sejumlah 272 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 124 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan 10 kluster baharu dikenal pasti melibatkan tujuh kluster di tempat kerja iaitu Kluster Jalan Melor dan Jalan Abdul Karim di Selangor, Kluster Tingkat Mak Mandin (Pulau Pinang), Kluster D’Lahar (Terengganu), Kluster Desa Mawar (Pahang), Kluster Jalan Datoh serta Kluster Leboh Ipoh-Lumut (Perak).

Artikel Berkaitan:

Satu kluster Sekolah atau institusi pendidikan Kementerian Pendidikan dikesan iaitu Kluster Jalan St Thomas (Kuala Lumpur) dan dua kluster komuniti adalah Kluster Jalan kolam dua (Perak) serta Kluster Dambai Inanam (Sabah).

Sehingga 24 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 2,717 kes (390,252 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 768 (127,260)

Sabah - 132 (57,538)

Johor - 126 (44,128)

WP KL - 240 (41,754)

Sarawak - 570 (27,319) 1/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 24, 2021