X

Kindly register in order to view this article
!

Baru nikah dua bulan, isteri kru KRI Nanggala-402 terus berdoa

Dain bersama Pandu yang baharu mendirikan rumah tangga selama dua bulan. - Foto Detik News
A
A

JAKARTA - Seorang wanita yang baharu dua bulan bergelar isteri kepada kru kapal selam KRI Nanggala-402 terus berdoa agar suaminya selamat dari sebarang kemalangan.

Bagaimanapun, Mega Dian Pratiwi, 23 enggan ditemubual kerana masih lagi terkejut dan bersedih menerima berita tragedi kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang pada Rabu, lapor Detik News.

Ibunya, Yayak Dwi Ernawati berkata, menantunya yang juga kru kapal, Serda Ede Pandu Yudha kali terakhir menghubunginya pada Isnin.

"Pandu sempat telefon Dian memaklumkan akan berlayar untuk latihan ketenteraan di perairan Bali. Malah meminta doa agar pelayarannya selamat.

"Mereka baharu dua bulan berkahwin. Anak saya tidak mengikut suaminya kerana bekerja sebagai jururawat di Klatak," katanya pada Jumaat.

Menurutnya, dia berharap agar kesemua kru kapal termasuk menantunya berjaya diselamatkan hari ini dan tiada sebarang masalah semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

"Saya sangat rapat dengan Pandu dan hingga saat ini kami masih yakin Pandu akan kembali berkumpul dengan keluarga," ujarnya.

Seramai 53 kru berada di dalam kapal selam tersebut yang hilang ketika menyertai satu latihan ketenteraan di luar pantai Bali.

Kapal selama buatan Jerman itu dilaporkan hilang kira-kira 95 kilometer ke utara Bali pada jam 4.25 pagi Rabu selepas terlibat dalam satu latihan torpedo.

Ketua Staf Angkatan Laut, Yudo Margono melaporkan, bekalan oksigen yang terdapat dalam kapal selam tersebut hanya kekal bertahan selama 72 jam sahaja dan SAR perlu dikerahkan sebelum oksigen kehabisan sehingga jam 3 pagi Sabtu.

P /> ARTIKEL BERKAITAN: KRI Nanggala-402: Jokowi minta rakyat berdoa operasi SAR lancar


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!