X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 04 Disember 2021

KRI Nanggala-402: Jokowi minta rakyat berdoa operasi SAR lancar

Gambar fail menunjukkan sebuah kapal Tentera Laut Indonesia turut menyertai operasi mencari kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang di di luar pantai Bali pada Rabu lalu. - Foto AFP
A
A

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Khamis berkata, beliau mengarahkan pihak tentera dan agensi melakukan operasi mencari serta menyelamat (SAR) kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang pada Rabu lalu pada kadar maksimum yang mungkin.

Beliau yang popular dengan panggilan Jokowi berkata, keutamaan dalam misi itu ialah menyelamatkan nyawa 53 kru yang berada di dalam kapal selam tersebut yang hilang ketika menyertai satu latihan ketenteraan di luar pantai Bali.

Jokowi juga menyuarakan perasaan simpati terhadap anggota-anggota keluarga kru kapal selam tersebut yang menunggu tentang nasib mereka selepas berita kehilangannya diketahui pada Rabu lalu.

Presiden Indonesia itu mengarahkan Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto Hadi Tjahjanto; Ketua Staf Angkatan Laut, Yudo Margono dan Agensi Mencari dan Menyelamat (Basarnas) melakukan usaha-usaha mencari dan menyelamat seoptimum yang mungkin,

Beliau menyatakan demikian ketika berucap melalui saluran di YouTube pada Khamis lalu.

Menurut portal berita Liputan 6, Jokowi juga meminta semua masyarakat di negara tersebut berdoa agar proses mencari kapal selam milik Tentera Laut Indonesia itu dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Kapal selama buatan Jerman itu dilaporkan hilang kira-kira 95 kilometer ke utara Bali pada pukul 4.25 pagi pada Rabu lalu selepas terlibat dalam satu latihan torpedo.

Sebelum ini, Margono dilaporkan berkata, bekalan oksigen yang terdapat dalam kapal selam TNI hanya kekal bertahan selama 72 jam sahaja.

Ini bermakna bekalan oksigen tersebut akan kehabisan sehingga pukul 3 pagi Sabtu. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: TLDM bantu pencarian kapal selam TNI Indonesia


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!