Tanda pagar tular tidak boleh jadi kayu ukur

Mahathir menjadi panelis Sinar Live bertajuk 'Kerajaan Gagal: Awas Signal Rakyat Kecewa' dihoskan Dinnie (kiri) pada Rabu.
Mahathir menjadi panelis Sinar Live bertajuk 'Kerajaan Gagal: Awas Signal Rakyat Kecewa' dihoskan Dinnie (kiri) pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Tanda pagar #kerajaangagal yang tular di Twitter tidak boleh menjadi kayu ukur tindakan kerajaan dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Mahathir Mohd Rais berkata, SOP membabitkan isu dua darjat berlaku kerana tiada penerangan jelas.

Beliau juga berpandangan adalah tidak adil bagi kerajaan yang baru memerintah dikatakan gagal selepas terdapat beberapa isu dalam pematuhan SOP.

"Tidak adil jika hanya dengan beberapa SOP di mana saya kira (kerana) penerangan secukupnya tidak dibuat. Antara isu ditimbulkan ialah berkaitan SOP, dua darjat," katanya.

Mahathir berkata demikian ketika menjadi panelis Sinar Live bertajuk 'Kerajaan Gagal: Awas Signal Rakyat Kecewa dihoskan Dinnie Asyraf Salim yang disiarkan secara dalam talian di Facebook Sinar Harian pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau kesal apabila penerangan mengenai kadar kompaun terhadap pesalah berulang yang boleh dikurangkan juga tidak disampaikan secara menyeluruh kepada rakyat.

"Kompaun yang dikenakan terhadap mereka yang melanggar kuarantin sebanyak RM10,000 kebanyakannya adalah kepada pihak yang melakukan kesalahan berulang kali.

"Ketua Polis (Tan Sri Abdul Hamid Bador) juga ada memaklumkan berkenaan kompaun yang dikenakan boleh dikurangkan sehingga RM200. Jadi penerangan sebegini tidak disampaikan kepada rakyat dan ia dipolitikkan," katanya.

Artikel Berkaitan: