X

Kindly register in order to view this article
!

KKM siasat tular kematian kakitangan dikaitkan vaksin

KKM sedang menyiasat penularan isu kematian beberapa kakitangannya yang dikaitkan dengan vaksin Covid-19 di media sosial. (Gambar hiasan- Foto 123RF)
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiasat penularan isu kematian beberapa kakitangannya yang dikaitkan dengan vaksin Covid-19 di media sosial.

Menurut kenyataan Bahagian Regulatori Farmasi Negara pada Rabu, makluman akan diberikan kepada umum selepas siasatan selesai.

“Setakat ini, tiada kematian disebabkan oleh vaksin Covid-19 dilaporkan,” katanya.

Kenyataan tersebut memaklumkan sehubungan itu, pihak KKM meminta orang ramai agar tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat yang tidak dikenal pasti sumber dan kebenarannya.

Katanya, sebarang penyebaran atau perkongsian akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Orang ramai diminta merujuk semua platform rasmi media sosial KKM atau berhubung terus dengan Pusat Kesiapsiagaan dan Respons (CPRC) di setiap negeri atau talian 03-8881 0200/03-8881 0600/03-8881 0700 atau melayari laman web http://covid-19.moh.gov.my bagi mendapatkan info sahih berkaitan Covid-19. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!