X

Kindly register in order to view this article
!

TikTok berdepan tindakan, dakwa 'curi' data peribadi kanak-kanak

Aplikasi TikTok mempunyai sekitar 100 juta pengguna di Eropah sahaja.
A
A

LONDON - Aplikasi popular TikTok berdepan tindakan undang-undang berjumlah berbilion pound (dolar) di Mahkamah Tinggi London atas tuduhan secara tidak sah mengambil data peribadi berjuta-juta kanak-kanak di Eropah.

Lapor Reuters, bekas Pesuruhjaya Kanak-kanak di England, Anne Longfield berkata, sekiranya tuntutan itu berjaya, kanak-kanak yang menjadi mangsa boleh menerima ribuan pound bagi setiap orang.

Longfield mendakwa tuntutan berkenaan mewakili setiap kanak-kanak yang telah menggunakan TikTok sejak 25 Mei 2018, tidak kira sama ada mereka mempunyai akaun atau sudah menetapkan ketetapan privasi.

Jelasnya, maklumat peribadi yang dikumpulkan secara haram oleh Syarikat ByteDance melalui TikTok untuk kepentingan pihak ketiga yang tidak diketahui sekali gus menjadikan syarikat itu menjana keuntungan berbilion tahun lalu dengan keuntungan terbesar daripada pengiklanan.

"Ibu bapa dan anak-anak berhak mengetahui bahawa maklumat peribadi termasuk nombor telefon, lokasi sebenar dan video anak-anak mereka dikumpulkan secara haram," katanya.

Seorang wakil TikTok mengatakan privasi dan keselamatan adalah keutamaan syarikat malah menggunakan polisi, proses dan teknologi yang mantap untuk membantu melindungi semua pengguna terutama pengguna remaja.

TikTok adalah salah satu aplikasi paling popular di dunia terutama dalam kalangan remaja dan mempunyai sekitar 100 juta pengguna di Eropah sahaja.

Pandemik Covid-19 antara berlaku peningkatan jumlah pengguna TikTok kerana berada di rumah sepanjang masa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!