Daftar vaksinasi Covid-19 meningkat di Johor

Izhar menyampaikan sumbangan kit sanitasi dan wang tunai kepada pengunjung di Bazar Ramadan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru pada Selasa.
Izhar menyampaikan sumbangan kit sanitasi dan wang tunai kepada pengunjung di Bazar Ramadan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Program pendaftaran vaksinasi Covid-19 di Johor menunjukkan peningkatan dan kini mencapai hampir 50 peratus.

Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Datuk Mohd Izhar Ahmad berkata, perkembangan itu menunjukkan penduduk negeri ini sudah mempunyai kesedaran mengenai kepentingan program vaksinasi.

"Peningkatan itu juga hasil program dan kempen menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) seluruh Johor yang diadakan serentak bagi membantu penduduk mendaftarkan diri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan program sumbangan kit sanitasi dan wang tunai kepada pengunjung di Bazar Ramadan Kampung Melayu Majidee, di sini pada Selasa.

Pada bulan lalu, program pendaftaran vaksinasi bagi penduduk Johor melalui aplikasi MySejahtera didapati masih rendah sekitar 10 hingga 30 peratus sahaja.

Sementara itu, Mohd Izhar yang juga ADUN Larkin menyampaikan sumbangan kit sanitasi kepada 200 pengunjung bazar Ramadan di Kampung Melayu Majidee, Larkin, Taman Suria dan Bandar Baru Uda.

Sumbangan itu berupa pelitup muka, cecair pembasmi kuman, tisu basah dan wang tunai untuk pengunjung berbelanja di bazar Ramadan.

Artikel Berkaitan: