Sasar 5.5 juta pelancong ke Kelantan

Md Anizam merasmikan Sukan Antara Hotel 2019 di Hotel Holiday Villa, hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menetapkan sasaran kehadiran 5.5 juta pelancong, tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, ia berdasarkan data kemasukkan 5 juta pelancong ke Kelantan, sebelum ini.

Menurutnya, antara faktor negeri ini menjadi tumpuan pelancong ialah keunikan budaya, kepelbagaian makanan dan kawasan peranginan yang menarik.

“Bagi menyambut kedatangan mereka, kita mempergiatkan program kesenian dan kebudayaan.

"Kita juga akan bekerjasama dengan pihak persatuan hotel untuk mempromosikan negeri ini sehinhha ke luar negera,” katanya, selepas merasmikan Sukan Antara Hotel 2019 di Hotel Holiday Villa, hari ini.

Program anjuran Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Kelantan turut dihadiri Penasihat Persatuan Hotel Cawangan Kelantan, Datuk Paduka N Subramaniam dan Presidennya, Maimun Mohd Husain.

Selain itu Md Anizam berkata, kerajaan akan mempromosikan program mengetengahkan alam semula jadi dan konsep makanan.