20,000 liter minyak masak tumpah

Anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di lokasi kejadian.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di lokasi kejadian.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Kira-kira 20,000 liter minyak masak tumpah selepas lori tangki yang membawa muatan bahan berkenaan terbabas dan melanggar sisi tiang rumah tol di Plaza Tol Juru arah Utara, di sini pada Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.05 tengah hari sebelum beberapa jentera digegaskan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, tumpahan minyak berlaku selepas tangki lori terbabit bocor berikutan rempuhan sisi tiang rumah tol dan menyebabkan laluan berkenaan menjadi licin.

"Sebaik tiba, pihak bomba mendapati berlaku kebocoran pada lori tangki yang membawa muatan 20 000 liter minyak masak.

"Lori tangki berkenaan di pandu pemandu yang berusia lingkungan 50-an. Dia dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

20,000 liter minyak masak tumpah selepas lori tangki yang membawa muatan bahan berkenaan terbabas dan melanggar sisi tiang rumah tol di Plaza Tol Juru arah Utara
20,000 liter minyak masak tumpah selepas lori tangki yang membawa muatan bahan berkenaan terbabas dan melanggar sisi tiang rumah tol di Plaza Tol Juru arah Utara

Tambahnya, pasukan bomba bersama Squad Response Team PLUS menjalankan kerja-kerja proses menghentikan kebocoran pada tangki dan melakukan pembersihan di kawasan tumpahan minyak sehingga selamat.

Beliau berkata, operasi itu dilakukan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai itu ditamatkan jam 1.30 petang.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, menurut laman sosial Twitter, Lembaga Lebuhraya Malaysia, kejadian itu menyebabkan aliran trafik ke arah utara perlahan sejauh kira-kira 3 kilometer.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tumpahan minyak berkenaan.

“Polis akan mendapatkan laporan lanjut daripada pihak PLUS berhubung kejadian itu,” katanya.