X

Kindly register in order to view this article
!

SUK Kedah terima Anugerah Juara Produktiviti

Ammar (kiri) menerima Anugerah Juara Produktiviti daripada Abdul Latif di Alor Setar pada Ahad.
A
A

ALOR SETAR - Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim dipilih menerima Anugerah Juara Produktiviti (Productivity Champion) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Ahad.

Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, anugerah itu merupakan pengiktirafan tertinggi kepada individu yang menunjukkan komitmen serta banyak menyumbang dalam mengukuhkan ekosistem produktiviti negeri dan negara.

Beliau berkata, anugerah itu juga tanda pengiktirafan atas inisiatif Ammar yang banyak mendorong dan memperkasakan pelaksanaan program produktiviti serta inovasi di peringkat industri, negeri dan negara.

"Antara inisiatif utama beliau ialah pengukuhan persekitaran perniagaan serta sistem perundangan yang mantap di negeri Kedah. Ia membantu kerajaan negeri menggubal dasar struktur lebih berkesan ke atas produktiviti serta pertumbuhan ekonomi negara," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Abdul Latif berkata, MPC dan kerajaan negeri Kedah bekerjasama melalui inisiatif Kedah Produktif, Kedah Digital yang diketuai Ammar dengan matlamat meningkatkan produktiviti melalui program pendigitalan dan teknologi di negeri itu.

"Dengan jangkaan kadar purata pertumbuhan produktiviti negeri sebanyak 5.4 peratus, Kedah berpotensi merekod pertambahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM 24.9 billion dalam masa lima tahun akan datang," katanya.

Tambah beliau, Ammar turut mempergiatkan budaya minda produktif dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam melalui program kreativiti dan inovasi, pendekatan wawasan tingkah laku dan amalan pengurusan terbaik.

"Antara program penambah baikan berimpak tinggi dilaksanakan beliau ialah memperkukuhkan persekitaran perniagaan kondusif melalui projek transformasi proses Ubah Jenis Kegunaan Tanah (UJKT) pertanian kepada perindustrian.

"Selain itu projek mempercepatkan prosedur kelulusan mendirikan bangunan industri, permit beroperasi serta mengeksport dalam masa kurang daripada 10 bulan bagi pelaburan melebihi RM100 juta," kata beliau.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!