Reman tiga lelaki pukul pengawal peribadi dilanjut

Perintah reman tiga daripada lima lelaki berhubung kes dua pengawal peribadi dipukul dan diacukan pistol oleh majikan mereka kerana berpuasa, dilanjutkan lima hari bermula Isnin.
Perintah reman tiga daripada lima lelaki berhubung kes dua pengawal peribadi dipukul dan diacukan pistol oleh majikan mereka kerana berpuasa, dilanjutkan lima hari bermula Isnin.
A
A
A

KLANG - Perintah reman tiga daripada lima lelaki berhubung kes dua pengawal peribadi dipukul dan diacukan pistol oleh majikan mereka kerana berpuasa, dilanjutkan lima hari bermula Isnin.

Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak polis terhadap kesemua suspek yang bekerja di syarikat milik majikan tersebut sehingga 23 April ini.

Mereka yang berusia antara 38 hingga 46 tahun direman bagi membantu siasatan kes mengikut beberapa seksyen.

Antaranya Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, denda RM2,000 atau kedua-duanya, serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya.

ARTIKEL BERKAITAN Suspek utama pukul pengawal peribadi direman lima hari

Dua 'bodyguard' dirotan, diacu pistol kerana berpuasa

Pada Rabu, dua pengawal peribadi berkenaan mendakwa dipukul dengan rotan dan diacu pistol oleh majikan mereka kerana tidak suka kedua-duanya menunaikan ibadah puasa.

Ia membawa kepada penangkapan lima suspek kes pukul, sekali gus membongkar aktiviti sindiket perjudian dalam talian, pengubahan wang haram dan ah long.

Turut dirampas dalam tangkapan itu ialah sebanyak 100 jongkong emas seberat 100 kilogram, selain 12,500 keping wang kertas AS$100 dengan nilai keseluruhan mencecah RM28.45 juta.

Selain itu, pistol serta rotan yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa turut dirampas.

Artikel Berkaitan: