Buka bazar Ramadan elak peniaga haram

Zulkefly (tengah) semasa melawat bazar Ramadan Pinggiran Bayu Mantin yang diuruskan oleh Persatuan Karyawan 60an Pop Yeh Yeh Negeri pada Ahad.
Zulkefly (tengah) semasa melawat bazar Ramadan Pinggiran Bayu Mantin yang diuruskan oleh Persatuan Karyawan 60an Pop Yeh Yeh Negeri pada Ahad.
A
A
A

SEREMBAN - Bazar Ramadan Pinggiran Bayu mula dibuka bagi mengelakkan peniaga haram berniaga di sekitar Mantin.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Zulkefly Mohamad Omar berkata, kerajaan menyokong usaha yang dilakukan oleh penganjur bagi membantu penjaja kecil mengembangkan perniagaan mereka.

Kata Zulkifli, beliau bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Karyawan 60an Pop Yeh Yeh Negeri Sembilan, berusaha mendapatkan tapak niaga yang sesuai di Pinggiran Bayu Mantin ini bagi membolehkan penjaja menjalankan perniagaan sepanjang Ramadan.

"Kalau boleh kita mahu tempatkan semua penjaja di tapak niaga ini kerana lebih terurus, sistematik serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Ruang niaga juga besar dan selesa untuk pengunjung membeli juadah berbuka, selain lebih selamat,"katanya kepada Sinar Harian," katanya pada Majlis Perasmian Bazar Ramadan Desa Pinggiran Bayu Mantin, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Karyawan 60an Pop Yeh Yeh Negeri, Md Jamil Aris.

Dalam pada itu, Md Jamil berkata, selepas Ramadan ini tapak tersebut akan dikenali sebagai Dataran Karyawan Negeri Sembilan, yang akan memberi peluang kepada anak seni menunjukkan bakat mereka.

Menurutnya, pihaknya bercadang ingin menjalankan pelbagai aktiviti seni di dataran tersebut seperti busking dan lain-lain aktiviti.

Artikel Berkaitan:

"Semua peniaga di sekitar Mantin dialu-alukan memeriahkan Dataran Karyawan ini bagi mengelakkan berniaga secara haram," katanya.