Polis siasat kes pertengkaran di restoran makanan segera

Tular di media sosial berkenaan pertelingkahan dua pihak di sebuah restoran makanan segera di Klang, Selangor pada Sabtu. Gambar kecil: Arjunaidi
Tular di media sosial berkenaan pertelingkahan dua pihak di sebuah restoran makanan segera di Klang, Selangor pada Sabtu. Gambar kecil: Arjunaidi
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menyiasat kejadian pertelingkahan antara dua pihak di sebuah restoran makanan segera di Klang, Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku akibat perselisihan faham hingga mengeluarkan perkataan yang mungkin agak sensitif.

Menurutnya, ia berikutan akibat satu pihak (pelanggan) tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kakitangan di restoran tersebut sebelum ada individu lain merakam kejadian itu.

"Semasa pertengkaran itu mungkin ada keluar perkataan yang menyinggung perasaan dan tidak sepatutnya dikeluarkan.

"Tidak lama kemudian, sepasukan polis yang menjalankan tugas pemantau telah hadir dan meleraikan pertengkaran itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Sabtu.

Beliau berkata, susulan itu, polis telah memanggil saksi dan individu terlibat untuk siasatan lanjut.

Katanya, pihaknya akan segera menyelesaikan kertas siasatan kes terbabit sebelum dibawa ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, Arjunaidi menasihatkan orang ramai untuk belajar mengawal kemarahan dan berharap kes sedemikian tidak lagi berlaku pada masa akan datang. Negara ada undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi.