X

Kindly register in order to view this article
!

Anjing dari Jerman cuba dibawa masuk guna dokumen palsu

Maqis Selangor menahan seekor anjing baka dari Jerman disyaki cuba dibawa masuk dengan menggunakan dokumen palsu di KLIA Kargo, pada Jumaat.
A
A

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengesan cubaan membawa masuk seekor anjing baka dari Jerman disyaki menggunakan dokumen palsu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo, di sini pada Jumaat.

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Zamri Hashim berkata, kesalahan dikesan ketika pemeriksaan rapi pada dokumen dan fizikal haiwan tersebut jam 2.30 petang.

"Kesalahan berlaku di mana nombor mikrocip yang terdapat pada badan anjing tersebut didapati tidak sama dengan dokumen permit import yang diisytiharkan.

"Kesalahan mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytiharkan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Katanya, haiwan tersebut kemudian telah ditahan dan dikuarantin untuk tindakan selanjutnya.

"Pihak Maqis sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan di dalam negara kita," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!