Sembilan tentera Arab Saudi maut di sempadan Yaman

Sebuah kenderaan tentera Houthi yang digunakan semasa serangan ke atas kedudukan tentera Arab Saudi berhampiran sempadan Yaman.
Sebuah kenderaan tentera Houthi yang digunakan semasa serangan ke atas kedudukan tentera Arab Saudi berhampiran sempadan Yaman.
A
A
A

SANAA - YAMAN. Sekurang-kurangnya sembilan tentera Arab Saudi terbunuh berhampiran sempadan Yaman-Arab Saudi, semalam.

Pihak berkuasa Saudi dalam satu kenyataan berkata bahawa tentera yang maut itu terlibat dalam pertempuran dengan pemberontak Houthi di bahagian selatan sempadan.

Sementara itu, sumber ketenteraan Houthi mendakwa pejuangnya telah melancarkan serangan menyasarkan tentera Saudi di Najran dan Asir pada Jumaat. - Press TV

Artikel Berkaitan: