Lapan maut dalam kejadian tembakan di Indianapolis

Lapan maut di tempat kejadian dalam insiden tembakan besar-besaran di sebuah kemudahan syarikat perkhidmatan penghantaran FedEx di bandar Indianapolis Amerika Syarikat.
Lapan maut di tempat kejadian dalam insiden tembakan besar-besaran di sebuah kemudahan syarikat perkhidmatan penghantaran FedEx di bandar Indianapolis Amerika Syarikat.
A
A
A

MOSCOW - Lapan maut di tempat kejadian dalam insiden tembakan besar-besaran di sebuah kemudahan syarikat perkhidmatan penghantaran FedEx di bandar Indianapolis Amerika Syarikat, lapor Sputnik.

Jurucakap polis tempatan, Genae Cook, pada Jumaat berkata, beberapa lagi mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital.

Sekurang-kurangnya seorang mangsa dalam keadaan kritikal, katanya.

Tiada pegawai polis cedera dalam kejadian itu.

Menurut maklumat awal, penyerang kemudian bertindak membunuh diri. - Bernama

Artikel Berkaitan: