Polis rampas 13 bungkusan syabu dalam but kereta

JSJN Selangor merampas 13 bungkusan dadah bernilai RM477,360 susulan tangkapan dua lelaki di Bandar Mahkota Cheras, Selangor pada Isnin.
JSJN Selangor merampas 13 bungkusan dadah bernilai RM477,360 susulan tangkapan dua lelaki di Bandar Mahkota Cheras, Selangor pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mematahkan cubaan pengedaran dadah syabu bernilai hampir RM500,000 susulan penahanan dua lelaki di tempat parkir kereta di sebuah pasar raya di Bandar Mahkota Cheras, dekat sini pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah berkata, serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu bertindak merampas satu beg kanvas berisi 13 bungkusan teh mengandungi dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam but kereta dinaiki suspek.

"Dianggarkan dadah seberat 13.2 kilogram (kg) itu bernilai RM477,360.

"Polis percaya dadah itu untuk pasaran di sekitar Lembah Klang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah namun semakan mendapati salah seorang suspek memiliki dua rekod kes jenayah.

Beliau berkata, sebuah kereta jenis Nissan Almera dan wang tunai RM500 turut disita untuk tindakan lanjut.

Katanya, suspek berusia 30 dan 32 tahun itu kini direman selama enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: