Tindakan tegas majikan halang pekerja berpuasa

Hamzah Zainuddin - Foto Bernama
Hamzah Zainuddin - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mempersoalkan tindakan majikan yang membelasah pengawal peribadi kerana menjalani ibadah puasa.

Menurutnya, puasa merupakan ibadah bagi seorang Muslim dan perkara itu perlu difahami oleh semua pihak.

"Fasal apa orang bukan Islam tidak bagi (halang) puasa?" soalnya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat.

"Kita kena ambil tindakan tegas kalau sesiapa melakukan perkara yang boleh menyebabkan ketidakpuasan terutama isu berpuasa," katanya pada sidang akhbar selepas Wacana Meja Bulat bersama wakil bukan Islam di sini pada Khamis.

Hamzah berkata sedemikian mengulas mengenai tindakan majikan yang memukul dan mengacukan pisau terhadap dua pengawal peribadi kerana berpuasa.

Dalam kejadian yang dilapor pada Rabu, majikan berkenaan melakukan tindakan itu selepas didakwa berang pengawal peribadinya berpuasa.

Polis telah menahan seorang ahli perniagaan berusia 43 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah).

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Dua 'bodyguard' dirotan, diacu pistol kerana berpuasa

Pukul pengawal peribadi sebab puasa, empat lelaki direman