X

Kindly register in order to view this article
!

Pukul pengawal peribadi sebab puasa, empat lelaki direman

Tiga lelaki yang memakai baju lokap dan seorang berkemeja di bawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman.
A
A

KLANG - Tiga lelaki direman lima hari manakala seorang lagi selama tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis berhubung kes dua pekerja lelaki yang dipukul dan diacukan pistol oleh majikan kerana berpuasa.

Tiga daripadanya merupakan pekerja di sebuah syarikat milik majikan terbabit manakala seorang lagi bekerja sebagai pengawal peribadi.

Majistret Solehah Noratikah Ismail mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak polis untuk menahan kesemua suspek, bermula hari ini.

Mereka yang berusia 38 hingga 46 tahun, direman bagi membantu siasatan kes mengikut beberapa seksyen antaranya Seksyen 323 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, dua pengawal peribadi dipukul dengan rotan dan diacu pistol oleh majikan mereka yang didakwa tidak suka kedua-duanya menunaikan puasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian didakwa berlaku kira-kira jam 10 malam ketika mangsa berada sebuah kondominium di Jalan Pinang Kuala Lumpur.

Susulan itu, kesemua suspek ditahan malam tadi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Selain itu, sidang media oleh pihak polis dijangka diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, jam 12 tengah hari ini, berkaitan perkembangan kes itu termasuk ugutan jenayah, hina agama dan rampasan kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua 'bodyguard' dirotan, diacu pistol kerana berpuasa


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!