X

Kindly register in order to view this article
!

PN terbuka terima sesiapa sahaja, kata Hamzah

Hamzah Zainuddin - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Perikatan Nasional (PN) terbuka untuk menerima sesiapa sahaja bagi menyertai gabungan politik itu tanpa syarat.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, gabungan parti itu mempunyai perlembagaan yang perlu dihormati.

"Semua orang ada hak untuk menyertai mana-mana parti tetapi PN juga boleh menerima sesiapa yang menghormati segala perkara termaktub dalam perlembagaan tanpa apa-apa syarat," katanya ketika sidang akhbar selepas Wacana Meja Bulat bersama wakil bukan Islam di sini pada Khamis.

Beliau berkata, hak untuk bersuara dan berpolitik telah dijamin berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

"Semua orang boleh beri pandangan," kata beliau.

Hamzah berkata demikian mengulas mengenai pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat usaha digerakkan untuk membawanya menyertai PN.

Pada Khamis, Dr Mahathir menerusi temu bual bersama portal Malaysiakini mendakwa, usaha itu tidak berjaya kerana beliau tidak boleh bekerjasama dengan beberapa 'penjenayah' yang menyokong kerajaan sekarang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!