Arab Saudi pertahan aplikasi pantau wanita

Pengkritik berkata aplikasi Absher mencabuli hak wanita dan kanak-kanak perempuan kerana membolehkan golongan lelaki mengesan pergerakan mereka.
Pengkritik berkata aplikasi Absher mencabuli hak wanita dan kanak-kanak perempuan kerana membolehkan golongan lelaki mengesan pergerakan mereka.
A
A
A

RIYADH - ARAB SAUDI. Kerajaan Arab Saudi hari ini mempertahankan sebuah aplikasi telefon untuk membenarkan golongan lelaki di negara itu memantau pergerakan saudara perempuan mereka selepas kumpulan hak asasi dan seorang Senator Amerika Syarikat (AS) mengkritik penggunaan teknologi itu.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata aplikasi Absher menyediakan perkhidmatan yang diperlukan semua ahlinya termasuk golongan wanita, golongan tua dan mereka yang memerlukan perhatian khas.

Aplikasi secara percuma itu boleh didapati dalam telefon pintar Android dan Aplle dan membenarkan penggunanya memperbaharui pasport, visa dan beberapa perkhidmatan elektronik lain.

Namun pengkritik berkata aplikasi itu mencabuli hak wanita dan kanak-kanak perempuan kerana membolehkan golongan lelaki mengesan pergerakan mereka.

Mengikut undang-undang Arab Saudi, wanita perlu mendapatkan persetujuan daripada suami atau saudara terdekat untuk memperbaharui pasport atau keluar negara. - AFP

Artikel Berkaitan: