Bekas pengawal keselamatan kudung dua kaki

Rohimi kini terpaksa bergantung kepada isterinya, Normadiah menunjukkan kaki kudung bahagian kiri yang memerlukan kaki palsu.
Rohimi kini terpaksa bergantung kepada isterinya, Normadiah menunjukkan kaki kudung bahagian kiri yang memerlukan kaki palsu.
A
A
A

LIPIS - Seorang bekas pengawal keselamatan memerlukan kira-kira RM6,000 untuk mendapatkan kaki palsu di sebelah kiri.

Kaki kiri Rohimi Musa, 50, dari Kampung Selendang dekat Padang Tengku terpaksa dipotong pada Oktober tahun lalu selepas kehilangan kaki kanan pada 2017 akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Menurutnya, situasi bertambah sukar apabila dia tidak mampu lagi menjadi tunggak utama keluarga dan memerlukan bantuan isteri, Normadiah Hassan, 55, untuk bergerak.

"Isteri pun tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga saya sepenuh masa. Kami sekeluarga terpaksa bergantung kepada bantuan bulanan termasuk zakat sebanyak RM300 dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), RM500.

Jelasnya, sambutan Ramadan ini pertama kali disambut dalam keadaan kudung kedua-dua belah kaki.

"Sambutan Ramadan bagi kami keluarga juga suram selepas kaki saya kudung kedua-dua belah kaki," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Tambahnya, buat masa dia telah memiliki kaki palsu di bahagian kanan tetapi sukar mendapatkan jumlah yang diperlukan untuk membuat kaki palsu di sebelah kiri dalam keadaan sekarang.

"Saya telah merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan diminta mendapatkan sebut harga bagi kaki palsu tersebut," kata kepada bapa seorang anak perempuan berusia 17 tahun itu.

Artikel Berkaitan:

Bagi mereka yang ingin meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) (0611029000091893) atas nama Rohimi Bin Musa.