X

Kindly register in order to view this article
!

Bazar Ramadan dilanda banjir kilat

Bazar Ramadan dinaiki banjir kilat. (Foto: Ihsan orang awam)
A
A

SEREMBAN - Hujan lebat berterusan sejak dua jam lalu memberi dugaan kepada para peniaga bazar Ramadan di Bazar Garden Homes Seremban 2 apabila tempat niaga mereka dinaiki air.

Difahamkan banjir kilat itu turut menyebabkan pembeli terpaksa meredah air untuk membeli juadah berbuka puasa.

Kira-kira 30 peniaga bertungkus-lumus menyelamatkan peralatan niaga termasuk juadah makanan yang dimasak bagi memastikan ianya tidak rosak.

Air mula naik sejak jam 4.30 petang tadi dan mula membanjiri kawasan tersebut sehingga kini dan keadaan banjir kilat di kawasan terbabit bagaimanapun semakin surut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!